Tutup

Pakej pelancongan murah tidak semestinya merupakan scam - MATTA

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata pakej pelancongan yang murah tidak semestinya bermaksud ia adalah suatu penipuan. Beliau berkata bahawa sepanjang berlangsungnya MATTA Fair, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan menjalankan penyiasatan latar belakang terhadap setiap reruai yang ada di pameran MATTA bagi memastikan ketulenan agensi di situ.