Pasukan perubatan, pakar berjaya tangani kesan pencemaran

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendirian kerajaan bahawa tidak perlu isytihar darurat di Pasir Gudang susulan kes pencemaran di Sungai Kim Kim. Tegas Perdana Menteri, ia berikutan masalah itu ketika ini dilihat mampu ditangani pasukan perubatan dan mereka yang pakar dalam menangani kesan pencemaran berkenaan.