Pasukan Unit Khas ditempatkan di 6 'hotspot' MRT

Pasukan Petugas Khas akan ditempatkan di Stesen Aliran Transit Massa (MRT) terutamanya di enam 'hotspot' bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin. Enam hotpsot stesen MRT yang dikenal pasti adalah Stesen Taman Mutiara Cheras, Stesen Batu 11, Stesen Bukit Bintang, Stesen Maluri, Stesen Kajang dan Stesen Pertama Cheras.