PDRM beri kerjasama penuh dakwaan SB terlibat kehilangan Amri-Raymond

Polis Diraja Malaysia sedia memberi kerjasama penuh siasatan berhubung dakwaan Cawangan Khas Bukit Aman terlibat dalam kehilangan paksa Paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM akur dengan arahan yang diberikan pemimpin negara untuk menyiasat kes berkenaan.