Tutup

Pelabur asing diyakini teruskan pelaburan

Kerajaan yakin pelabur asing terus memilih negara ini untuk membuat pelaburan kerana ketelusan tadbir urus kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin dengan berdasarkan keyakinan yang ditunjukan pelabur asing terutama dari Jepun dan Singapura yang mempertimbang untuk meneruskan pelaburan asing (FDI) di negara ini.