Tutup

Pelajar kolej dituduh raba kanak-kanak 7 tahun

Seorang pelajar kolej dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan melakukan cabul terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun. Tertuduh yang berusia 21 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.