Tutup

Pelajar kritikal terbabit nahas jalan raya meninggal dunia

Selepas hampir sepuluh jam bertarung nyawa seorang pelajar yang kritikal akibat kemalangan di Jalan Wakaf Beruas meninggal dunia. Mangsa Muhammad Fakhrul Hakim Mazlan,16 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9.37 malam Khamis ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),Kuala Terengganu.