Peluang umat Islam gandakan pahala di dua bumi Syam

Kewajipan untuk membela rakyat Palestin merupakan tanggungjawab yang wajib diletakkan di bahu semua umat Islam di dunia termasuk di Malaysia. Justeru Aman Palestin tidak pernah lekang memikirkan sumbangan dari segi tenaga, wang termasuk masa bagi memastikan sumbangan di bumi Syam itu tidak putus.