Pemborong dan pemilik premis tulis petisyen bantahan tutup Jalan TAR

Hampir 100 pemborong dan pemilik premis akan menutup perniagaan mereka pada 15 Mac sebagai tanda protes sekiranya keputusan menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan TAR diteruskan. Mereka juga menulis petisyen sebagai bantahan terhadap tindakan berkenaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.