Tutup

Penganalisis: PH mampu kekalkan mandat di Semenyih

Pakatan Harapan masih mempunyai peluang cerah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih walaupun kerjasama 'adik beradik' di antara Pas dan UMNO. Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali berkata ia susulan beberapa langkah yang dilakukan kerajaan PH termasuk kajian mengenai konsesi tol di beberapa kawasan.