Pengorbanan anggota bomba demi tugas

Di saat insan lain sibuk membakar lemang dan memasak rendang untuk dijadikan juadah Hari Raya namun berlainan pula bagi mereka yang bertugas dalam sektor keselamatan. Ketika orang lain sedang lena dibuai mimpi mereka masih sibuk bergelumang dengan peralatan kebakaran bagi memberikan khidmat pantas kepada masyarakat jika berlaku kecemasan.