Tutup

Peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine dua tahun lalu. Keputusan itu dilakukan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah sepanjang prosiding berjalan.