Peniaga pasar borong didakwa dera dua anak angkat

Seorang peniaga Pasar Borong Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan mendera dua anak angkatnya, berusia tujuh dan lapan tahun, Mei lepas. Muhammad Rajah Abdullah, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah, selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.