Penoreh getah ditahan miliki senapang patah buatan sendiri

Seorang penoreh getah di Kampung Sungai Soi, Kuala Krai ditahan kerana memiliki selaras senapang buatan sendiri bersama 10 butir peluru penabur. Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, lelaki berstatus duda itu ditahan di rumahnya 20 September lepas.