Peperiksaan PT3, SPM, STAM tidak akan ditangguhkan

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, calon-calon bagaimanapun akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.