Pergeseran Warisan dan Bersatu akan meruncing

Pergeseran di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini dilihat akan bertambah runcing pada masa hadapan. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ia akan melibatkan masalah pemilihan kawasan calon serta polemik perkongsian kuasa terutama pada pilihanraya akan datang.