Perlu kawal penularan hadith palsu - TPM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bahagian kawalan penerbitan dan teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa meningkatkan usaha bagi mengawal penyebaran hadis mauduk (palsu) dalam kalangan masyarakat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah ini perlu bagi mengurangkan perpecahan umat Islam disebabkan perbezaan pendapat dalam mentafsirkan sumber hukum.