Tutup

Permohonan IMM13 di Sabah dan Labuan diteliti semula

Jabatan Imigresen akan teliti semula permohonan pendaftaran dokumen IMM13 bagi orang tanpa kerakyatan daripada ibu bapa pemegang dokomen itu di Sabah. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, langkah ini adalah untuk menentukan bilangan sebenar anak-anak yang memerlukan dokumen IMM13 di Sabah.