Tutup

Pesakit mental dikhuatiri lemas terjun laut

Seorang penganggur dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk, selepas melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Mangsa, Wan Mohd Azren Wan Abdullah,32 tahun yang dipercayai kurang siuman dikatakan melarikan diri dari hospital sebelum terjun ke laut dalam kejadian kira - kira jam 9 malam Jumaat .