Video  | Dunia

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia 'sekolahkan' juri Masterchef UK

Kita mulakan dengan kisah ayam rendang 'tak Crispy' yang tular. Umum sudah tahu kisah peserta Masterchef uk dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang disingkir kerana ayam rendangnya tidak rangup dan garing. Dan ini respon daripada pesuruhjaya tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell yang bertindak 'sekolahkan' juri-juri pertandingan masakan popular itu.