PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai RM1.64 juta

Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup rokok pelbagai jenama bernilai hampir RM1.64 juta dalam dua serbuan berasingan sejak Khamis lalu. Rampasan dilakukan di jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Renggam - Ulu Belitong pada jam 11.40 malam serta 12.30 tengah malam.