Pilih tokoh terbaik pimpin UMNO - Mustapa

Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak memihak kepada mana mana tiga calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, Khairy Jamaluddin dan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sebaliknya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berharap pemilihan presiden dan timbalan dapat mengangkat tokoh yang boleh meletakkan Umno pada landasan yang betul.