PKR serah SPRM siasat tuduhan terhadap Exco Perak

PKR menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang Exco Negeri Perak membocorkan kertas minit mesyuarat majlis mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mendapatkan habuan daripada dua syarikat berkaitan pertanian. Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini beliau belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak yang terlibat.