PKR tetap guna e-Voting pada pemilihan PKR di Sabah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal guna sistem e-Voting pada pemilihan Naib Presiden parti itu di Sabah pada Sabtu dan Ahad ini. Calon Naib Presiden PKR, Dr A. Xavier Jayakumar berkata keputusan itu dipersetuju semua pihak bagi memudahkan perlaksanaan pemilihan dibuat.