PKR yakin buat kejutan pada PRK Rantau

Biar dilabel ?underdog? tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai strategi tersendiri untuk memberi kejutan dengan meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau, bulan hadapan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menafikan, bekas menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dikatakan bakal mewakili Barisan Nasional sememangnya memiliki kelebihan kerana pernah menyandang kerusi DUN itu selama tiga penggal dan dilihat sebagai calon kegemaran.