PLUS kaji tingkat tahap keselamatan di Jambatan Pulau Pinang

Pihak Konsensi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kini dalam proses kajian bagi mempertingkatkan lagi keselamatan di Jambatan Pulau Pinang. Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya juga sudah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan bagi pemasangan kamera perangkap had laju di Jambatan Pulau Pinang serta beberapa lokasi lain di lebuh raya kendalian syarikat berkenaan.