PM ketuai delegasi Malaysia ke BRF ke 2 di China

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Second Belt and Road Forum For International Cooperation (BRF ke-2) yang bermula hari ini hingga 28 April depan di Beijing. Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking.