PNB jangan leka tunai tanggungjawab - Tun M

Permodalan Nasional Berhad (PNB) diingatkan agar tidak leka dan tidak mengambil mudah amanah serta tanggungjawab yang diharapkan rakyat terutamanya para pelabur di institusi itu. Itu teguran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa beringat kerana beliau tidak mahu berlaku salah guna kuasa, kemerosotan tadbir urus berlaku terhadap PNB seperti mana terjadi pada institusi-institusi lain.