Tutup

Polis akan guna ujian poligraf dalam kes kematian Adib

Polis Diraja Malaysia, PDRM akan menggunakan alat pengesan bohong ujian poligraf ketika merakam percakapan beberapa saksi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata ujian berkenaan akan digunakan dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.