Polis buru lelaki rakam wanita buang air kecil di stesen minyak

Polis sedang memburu seorang lelaki selepas disyaki merakam aksi seorang Peguam wanita sedang membuang air kecil di tandas sebuah stesen minyak di Batu Tiga, Shah Alam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya itu diburu selepas mangsa berusia 34 tahun membuat satu laporan polis pada Khamis.