Polis guna khidmat penyelam bantu kesan kereta terhumban ke dalam laut

Polis menggunakan khidmat pasukan penyelam polis marin bagi mengesan sebuah kereta yang dipercayai terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer (KM) 4 Jambatan Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, sehingga jam 11.30 pagi, pemandu kereta bersama kenderaan tersebut masih gagal ditemui.