Polis tahan 12 individu kes senapang hilang

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan 26 laras senapang patah milik Jabatan Sukarelawan (RELA) daerah Selama, Perak, awal bulan ini. Beliau berkata, susulan penahanan itu, polis menemui semula sebelas senapang terbabit selepas semakan dilakukan, manakala selebihnya belum diserah semula.