Polis tumpas sindiket pengedaran dadah di Muar

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan merampas 25.5 kilogram cecair disyaki jenis syabu bernilai lebih RM1.7 juta di sebuah rumah di Bakri, Muar, Johor pada Isnin. Tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 35 dan 43 tahun turut ditahan dalam serbuan di sebuah rumah yang dipercayai pusat operasi sindiket berkenaan.