Tutup

PPBM akan buat rayuan susulan pembubaran sementara parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM akan mengemukakan rayuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan notis pembubaran sementara dibuat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, RoS. Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, parti itu berhak berbuat demikian berikutan notis berkenaan tidak diterima pihaknya secara rasmi.