Tutup

PRK DUN Rantau: Hilangkan penyakit kleptokrasi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menggunakan platform pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan sebaik mungkin, termasuk menghilangkan penyakit kleptokrasi. Penyakit yang wujud sejak 60 tahun lalu perlu dipulihkan segera demi memperkukuh kerajaan, seterusnya memberi pulangan kepada rakyat.