Tutup

PRK DUN Semenyih: PH Selangor bermesyuarat minggu hadapan

Pakatan Harapan Selangor akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih pada awal Mac depan. Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari berkata beliau akan memanggil semua parti komponen untuk bermesyuarat pada minggu hadapan.