Tutup

PRK Sandakan: Nasib pertembungan 5 calon hari ini

Seramai 39,684 orang pengundi layak menunaikan tanggungjawab dalam menentukan nasib lima calon yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Sandakan hari ini. Parlimen Sandakan yang mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Tanjong Papat dan Elopura memiliki 40,131 pemilih layak mengundi, termasuk 172 undi pos, 270 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.