Program bual bicara Mingguan Wanita tampil serba baharu

Program bual bicara Mingguan Wanita tampil serba baharu musim kedua di Astro Prima dan Prima HD, bermula Julai ini. Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh kerjasama strategik Karangkraf menerusi NU Ideaktiv Sdn Bhd masih mengekalkan kandungan format asal tetapi mengetengahkan topik dan perkongsian yang lebih terkini.