PTPTN kutip RM1.1 bilion hasil insentif diskaun 20 peratus

Seramai 121,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membuat bayaran pinjaman hasil insentif diskaun 20 peratus sehingga November 2018. Menurut Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Dasar dan Operasi PTPTN Mastura Mohd Khalid ia membabitkan jumlah pembayaran balik pinjaman RM1.1 bilion dengan jumlah diskaun RM282 juta. Semua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang sehingga 31 Disember 2018 layak mendapat insentif tersebut.