Pusat Latihan Vokasional dan Teknikal IBS untuk anak tempatan

Pusat Latihan Vokasional dan Teknikal Sistem Binaan Berindustri (IBS) pertama negara yang diwujudkan di Kemaman, Terengganu adalah sejajar usaha kerajaan dalam mensasarkan pembinaan satu juta unit Rumah Mampu Milik (RMM) bagi tempoh sepuluh tahun. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pusat latihan itu akan berperanan menyediakan latihan kepada anak tempatan dalam teknologi pembinaan menggunakan sistem IBS.