Tutup

Remaja Ireland hilang: Polis main rakaman suara keluarga di hutan

Polis akan memainkan rakaman suara keluara remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sejak Ahad lalu di sebuah resort di Nilai, Negeri Sembilan. Ia sebagai usaha mengesan kedudukan dan membawa remaja itu keluar dari hutan. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, setiap anggota menyelamat juga akan menjerit nama mangsa dalam usaha mencari dan menyelamat.