Remaja lemas dalam lombong

Remaja lelaki ditemui lemas selepas tergelincir ketika mandi di bekas tapak kuari dekat Felda Ayer Hitam, Kluang, pada Jumaat. Aniq Imran Yusof, 13 tahun, ditemui terapung kira-kira lima meter dari tebing oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 5.40 petang.