Tutup

Remaja OKU selamatkan ibu dibelit ular sawa

Remaja OKU sanggup ketepikan soal keselamatan diri untuk menyelamatkan orang yang disayangi. Muhammad Rasul Abdullah, 16 tahun yang mengalami masalah pembelajaran menyelamatkan ibunya selepas dibelit seekor ular sawa. Dia berjaya menyelamatkan ibunya, Halipah Othman, 47 tahun yang dibelit ular sawa batik seberat 50 kilogram di kediaman mereka di Kampung Ulu Tawar , Baling, Kedah.