Remaja perlu faham erti hak mengundi yang diberikan

Golongan remaja terutama yang berusia 18 tahun perlu memahami apakah kuasa yang diberikan oleh negara kepada mereka sekarang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, golongan remaja perlu memahami erti penggubalan perlembagaan negara bagi membenarkan mereka yang berumur 18 tahun layak mengundi.