Ribut nyaris terbangkan kanak-kanak 4 tahun

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada dalam buaian nyaris diterbangkan dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Baru, Lomboh, Tambung Tulang, Perlis. Sebelum kejadian, ribut kencang beserta hujan lebat yang melanda lebih setengah jam turut menerbangkan seluruh bumbung kediaman keluarga kanak-kanak berkenaan.