Tutup

RM170,000 ganjaran tangkap tikus KL dibelanjakan

Sebanyak 78,000 ekor tikus telah ditangkap dalam kempen 1 tikus RM3 yang dilancarkan sejak tahun 2012 di ibu negara. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahruddin Md Salleh berkata jumlah itu menjadikan sebanyak RM170 ribu telah dibelanjakan sebagai ganjaran kepada orang ramai yang menangkap tikus sepanjang kempen berkenaan.