Rogol remaja 15 tahun, tiga rakan dihadapkan ke mahkamah

Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, tahun lalu. Tertuduh yang berusia 19, 20 dan 21 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.