Tutup

RoS nafi tidak maklumkan awal syarat daftar Pakatan Harapan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan RoS menafikan kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan disebabkan jabatan itu tidak memaklumkan lebih awal syarat dan undang-undang pertubuhan kepada mereka. Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim menjelaskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan perlu diteliti secara menyeluruh memandangkan ada masalah belum selesai membabitkan DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).