Video  | Dunia

Rusia juara perlumbaan kereta kebal antarabangsa

Selalunya kita dengar perlumbaan kereta, motosikal dan juga perlumbaan haiwan. Lain yang berlaku di Moscow apabila tular ceirta tentang Kejohanan Sukan Askar Antarabangsa. Menariknya acara perlumbaan kereta kebal jadi perhatian memandangkan ia sesuatu yang amat jarang berlaku. Di peringkat akhir, pasukan tentera China, Belarus, Kazakhstan dan Rusia bertarung dalam perlumbaan pada jarak lima kilometer. Kesemua kereta kebal perlu memandu laju untuk melalui beberapa laluan mencabar seperti bukit, terusan dan juga kolam. Rusia menjadi juara mungkin kerana kehadiran Menteri Pertahanannya, Sergei Shoigu.