Tutup

Sabah sedia bangunkan perusahaan automotif

Kerajaan negeri Sabah berusaha mengadakan satu kerjasama rapat dalam membangunkan perusahaan automotif dengan syarikat terkemuka dari Jepun di masa akan datang. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur, pihaknya percaya syarikat gergasi itu akan 'membuka mata' mereka untuk bertapak di negeri Sabah.